Thursday, March 1, 2012

Update... Update Weik...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Selak2 dulu.. dah bersawang betei velog ku TaWa @ TaNgiS innew.. asew termalu plaks nan adik kentang dodol ku ittew.. sbb dia skrg neh dah makin maju, laju n wajin semedang utk menghupdate velog Akim Sound dia tuh.. tp aku suka..

Biar dia rajin.. tp nk gak dia wajin hupdate kt fanpage gaks.. demand x haku? Weih aku dah ketinggalan betei ngn adik kentang neh...Mmg dah agak lama aku xhupdate velog.. mcm2 janji nk hupdate.. tp haram...huhuhuhu

Macam2 berlaku lam hidup hari neh dated 1st March 2012.. Aku rasa aku x keen laa ngn bulan March.. Asal March menjelma jek.. mesti ade sesuatu happeng to me.. huhuhuhu... Today i'm very2 sad... sumthing bad happens to me.. really bad.. Tp aku rasa termalu sndiri utk share story tuh ngn org kt sini..so better aku simpan utk aku sndiri..

I know, i have to be strong.. like I always did before... xde sape yg boleh tolong diri kita..kecuali diri kita sndiri.. U have to be strong selly.. always learn from the experience.. huhuhuhu.. I wish a new shine will come to my life the soonest.. Ya Allah hanya padaMu aku hambaMu yg kerdil ini memohon pertolongan..

Aku tahu, Kau sentiasa berikan yg terbaik utk hambaMu.. aku percaya apa yg berlaku dlm hidupku..ada hikmahnya.. Dan aku sentiasa percaya, Kau tidak akan menguji hamba2Mu di luar kemampuan mereka.. Semoga hari2 yg mendatang membawa seribu sinaran buatku.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Ok laaa.. hupdate stakat neh dulu..kang dtg mud rajin aku..aku hupdate lg okeyh.. dr xhupdate langsung ..at least kan.. wpong ntah sape laaa nk baca velog x ngancam aku neh.. ok daaa...


Thursday, August 11, 2011

~ "Abang, tunggu mak di syurga ya" ~


Salam semua.. Selamat Berpuasa buat semua.. aku terima emel kisah yg sgt menyayat hati tentang pengorbanan dan kasih sayang ibu buat anaknya... Jom baca...


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-fatihah……





*Sedeynya aku baca cite neh... kisah masyarakat pengorbanan seorang ibu.. Mmg kasih ibu membawa ke syurga.. *

*Teringat pengorbanan Ciklin terhadap Qistina yg menderita sakit kanser otak.. Lg kisah pengorbanan ibu demi si anak yg tercinta*

*Semoga roh Allahyarham adik Iqbal dan Qistina sentiasa dicucuri rahmat.. dan sudah pastinya, mereka adalah golongan para syurgawi..Amin... Al Fatihah..*

Thursday, July 28, 2011

~Harimau Malaya.. Aummmmmmmmmmmmm~



Update blog skit..hehhehehhe.. hr neh.. first time ever in my life.. aku ngn geng2 The Jengs akn ke Stadium Putra Bukit Jalil utk menonton live perlawanan bola sepak, pasukan Harimau Malaya menentang Singa , Malaysia vs Singapura.. Aku bukanlah peminat bola.. bukan gila bola.. tp since tgk perlawanan Malaysia berlawan dgn apa hr tuh..aku pon da lupa utk menjadi juara Piala Suzuki menentang Indonesia.. aku jd semangat bila melihat rakyat Malaysia bersatu padu menyokong pasukan Harimau Malaya kita utk menentang pihak lawan.. Dgn adanya twitter da facebook dan saling komen mengomen di antara para twitter.. membangkitkan lg semangat aku utk menonton bola..

N mlm neh.. walau apapon keputusannya.. samada menang atau kalah , jom kita sama2 membanjri stadium, kedai mamak mahupon kt umah utk sama2 menonton dan menyokong pasukan Harimau Malaya ini.. Mcm2 cerita psl Harimau Malaya neh.. ade yg berpusu2 pergi ke Danau Kota utk cari jersi, aku plak sanggup amek half day, ada jugak yg sanggup dtg dr jauh..utk menyokong Harimau Malaya pd mlm ini.. Yg pasti pada malam ini.. rakyat Malaysia seantero akan menyokong pasukan Harimau Malaya in utk menentang Singapura.. Satu fenomena baru bila sume org memperkatakan pasal Harimau Malaya..dan satu perkembangan yg positif utk Malaysia hr ini..

So mlm neh...moh lew ramai2 xkira d mana anda.. di rumah, d kendai2 makan.. kita sokong pasukan Harimau Malaya kita utk terus lebih bersemangat.. Andai mereka kecundang, sesungguhnya kita harus bangga kerana mereka pasti akan melakukan yg terbaik utk rakyat Malaysia semua.. apa lg.. tukar avatar anda dan profil pic anda ngn Harimau Malaya... xcaya plak cik selly sungguh bersemangat Harimau Malaya hari neh.. Aummmmmmmmmmmmmmmm!! Jmpa anda di sanew!!!


Wednesday, July 20, 2011

~Masuk TV?? Glemer Heh... ~


As salam.. hoyeah.. hr neh aku gagahkn dirik jugak utk hupdate blog aku yg da nk stat bersawang..tp xsmpt bersawang aku da bertindak dulu.. Hihihihihi.. nk hupdate sal aku masuk TV mse rakaman Kemuncak Hey Hazama awl bulan hr tuh.. dah lama puwn..tp neh haaa baru jek tergerak ht nk hupdate.. Again lam blog aku kali neh...psl si kentang dodol Akim Ahmad.. ade nama baru aku kasik.. hasil persetujuan dan perbincangan ngn Nix , heroin si dodol kentang utk filem terbaru dorg , Hoore! Hoore.. so terciptalah nama si dodol kentang... sal Hoorey! Hoorey! tuh later2 larh kalo ade cite aku cite... skrg neh xdo material agik nk cite lebih2..

Hehehehehe.. sajew2 laaa aku nk menggedik nk cite sal aku msk TV utk rancangan Kemuncak Hey Hazama..awl bulan lalu.. wpon cite neh da basi..tp saje laaa aku nk share stori mori ngn korg.. leh kn.. xkn xleh kowt!! Cmne nk setat story neh heh?? Siyesly xtercapai di akalku pong yg aku akan kua TV sbb si dak kentang dodol neh.. N I really never expected dia akan turun bwah n heret aku naik kt ateh stage tuh.. But I have to admit that, dgn si kentang dodol neh..anything could happen.. n itulah yg telah terjadi pd aku .. da bbrp kali dia da heret aku n ajak aku neik stage.. setakat neh kt stage Jom Heboh Ganu, kt Konsert Hotlink Kuantan..

At first, mse mula2 dia nyanyi lagu JANJI mse rakaman Kemuncak Hey Hazama hr tuh.. aku tahu mmg da stail dia akan turun dr stage n heret sape2 saje yg dia suka.. so kali neh, aku ingat dia turun stage n trus ke blakang, utk ajak si tecik Afrina neik stage.. tp tiba2 aku terdengar org ckp 'sini lah kak sally'.. so aku xder choice... sbb aku berada dlm kandang area stage mse tuh.. nk xnk.. n kata penyokong tegar kn.. so aku hulurkanlah tgn n dia bwak aku smpai atas stage.. adoyai, siksa sungguh rasanya..dok ateh stage tuh.. aku terasa segan n malu yaamats...wpong aku sebenonya xder laa rasa mcm tuh sepatutnya sblm tuh.. Aku xtaw mana aku nk sorok muka.. sbb aku tahu rakaman neh akan kua TV..

So wht happen ateh stage tuh.. oleh sbb aku da blur n xtaw nk wat apa.. n rasa malu jugak.. so mula laaa aku wat aksi gosok2 hidung la.. n mcm2 lg yg korg tgk spt dlm TV tuh.. n satu ketika aku terdiam seribu bahasa.. then I get my confidence to face this.. so sbb tuh aku make a move n cam ala2 goyang2 badan ikut rentak lagu.. Tetibe plak si kentang dodol kasik mike kt aku suro nyanyi.. sib beik laaa sore xtruk sgt..wpong aku tahu..xbest puwn sore aku tuh... N kisah neh xabes cmtuh ajek.. tetibe laks dtg lg 2 org dak nakal si capang ngn si kenteng.. tiga2 nk men tarik pulak!! sudah.. si capang jd referee n si dodol kentang n kenteng berebut kn aku laaa konon.. So abes part tuh..lepas si capang n kenteng ke blakang stage.. aku pon tinggalkan stage .. Mse turun tuh, berdoa aku moga2 xsalah langkah n xterpeleot kt stage tuh..

So apa yg aku nk share kt sini.. the positive side behind all of this.. aku nmpak how si kentang dodol neh appreciate dgn org2 yg selalu berada di sekeliling dia.. dia tahu siapa yg support dia, wpon mungkin xkenal or xingat nama mahupun xpernah jmpa.. dia tahu.. ramai yg sentiasa menyokong dia.. for me , ade rasa st bangga n terharu dgn apa yg telah dia buat that day.. I can feel that how he appreciate me.. with his own ways.. mmg selama neh puwn.. aku rasa cara dia layan aku agak lain dr yg lain.. jgn pk bukan2 hokey!! Sape yg baca neh rasa nk muntah darah ke apa lantaq le kome.. korg leh tgk sndiri larh kn..wakakkakakka... neh kak selly laa.. Sbb tuh aku rasa, aku ade satu tanggungjawab utk trus sapot dia no matter wht.. Hrp2 laaa dia xbaca entry neh.. kalo x aku lak yg malu kang!! ngeh ngeh ngeh...

So pd hari aku kua TV ittew.. yakni hari dorg tayang Kemuncak Hey Hazama.. sms x putus2 msk.. call laa.. kt FB n twitter.. hahahhaahhaha.. klaka puwn adew.. besoknya ade org call kt opis.. my ex opismate.. ckp 'wah kak selly da glemer laa' .. tp yg aku suka dia komen.. dia suka tgk aku ngn si dodol kentang lam tuh.. Dia suka ngn cara si dodol kentang appreciate org cmtuh.. yeah.. I can't deny, dia tahu cmne nk amek ht org.. tu lah kelebihan dia.. ramai yg xkenal dia pd mulanya xjmpa dia ckp dia sombong..tp bila da jmpa.. kan da suka kan.. sape ade experience cmtuh..ce angkat idong...

Actually cite kua TV neh sebenonya da lama aku ad pengalaman msk TV neh.. mase aku kecik2 dulu, kt TV selalu kua cite sal musim tengkujuh kt kg aku.. so bila dorg wat liputan , aku pon mula laaa menempel kt lam TV tuh..kua noksss... hahahahhahaha... n for me, byk kali gak sbb si dodol kentang neh aku kua TV.. dlm Jangan Tidur Lagi, mse Konsert Istimewa bersama Akim, Lebaran Diva dgn Tokti.. dlm drama Kau dan Aku.. n yg paling jelash dan nyata muka aku klua..lam Hey Hazama tuh leww... Dan jugak lam live streaming ketika Konsert Jom Heboh.. gegeh uolsss... So, it was a memorable experience in my life.. So bila menda2 cmneh berlaku dlm hidup kta.. xkn kta xnk appreciate kn...


~neh lebey kurg mse mula2 jebakkn diri msk TV sbb si dodol kentang neh~



~lam Kemuncak Hey Hazama versi lam TV~



~neh pllak versi yg d rekod si aryn~




Sekian coretan utk update blog shayew kali neh.. spt biasa..kalo xsuka xyah laa baca.. kalo best, jgn laaa lupa singgah2 k... xde org nk komen xpe.. xkisah puwn...sbb neh luahan ht saye shj kt blog neh.. k see yaa utk update d lain kali... daaaaa

Thursday, June 16, 2011

~ Holla ~

Yuhuuuuuu....

As salam... wikikikikikiki (gelak aku peseng baru)....rajin plak aku nk hupdate blog neh... nk membebel sal pe lak yek?? Hmmmmm... Kali aku sajew2 ngomel kt sinih...Suka aku tgk ngn blog aku neh... da berwajah baru n kaler2 biwu gituh... hehehehe... Simple jek... xlarh advance the vast cm korg nyew... Xpew laa... lgpong.. dr dulu agik aku mmg lembab n bebal nk tukau layout n background blog neh... Takut sume setting lari.. nanes aku nk wat ag... Malas aku noksss... Dua tiga hr neh asek belek blog jah ngn twitter xabes2..


Pasneh.. aku akn cuba ektifkan dirik utk hupdate blog aku neh... Dah lawo2 cmneh (perasang hokeyh!!) .. shayang lak kalo d biokan jek... Da ade lam kepala hotak aku neh nk hupdate sal siri jelajah Jom Heboh dan Kunsert Istimewa Hotlink bersama si dak kentang tuh.. da ade idea cmne nk luahkan nnt...chewahhhhh... dr first Jom Heboh 2011 kt Ganu smpai larh d latest kt Swak.. wpong ade tmpt yg aku x g.. tp aku cuba gaks hupdate tmpt2 yg aku x g tuh... tunggu larh yew.. nk buat neh kna ade feel n perasaang yg maha gegeh... tgh2 mlm buta.. baru mai idea byk2 nk cite ape ye dok.. chewahhhhhhhhhh...

K laaa.... Nnt kalo aku pree2..ade ht rasa nk hupdate n berblog smpai puluhan page..korg tgk laaa yek... Tunggu... wpong aku taw.. blog aku neh xde org nk drop in puwn!! Xpew.. kt sini salah satu tmpt aku nk luahkan rasa hati aku.. nk share sumthing... K.. i'll see u later on the next update.. Btol ke apa aku type neh?? Ade aku kesah!! Gasak.. Neh blog aku..kalo suka baca or nk SR puwn buleyh... law xsuka.. xyah susah2 k!! Daaaa...




rindu kt adik sorg neh... wase cm lama xjmpa wpong sentiasa jmpa diew!! ...mengong....